26 Dis 2011

5o tahun kita tertidur

50 tahun kita tertidur




1 hari 24 jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik






Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?


Catatan:


50 tahun=18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=46000 jam=6 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 19000 jam = 5 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 3000 jam = tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ..... 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat =8250 hari x I jam 250 jam= tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......


Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat
Continue Reading...

Kematian Brucee Lee

VERSI PERTAMA
 
Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.
                                                               Bruce Lee bersama senjata popularnya, Nunchaku


Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim. 
 
Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan (Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut. Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri. Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do.

                                                           Bruce Lee, lagenda seni mempertahankan diri


VERSI KEDUA 
 
Di Lapangan Terbang Kai Tak Hong Kong, ketika Dato' Meor Abdul Rahman sedang menunggu penerbangan yang berikutnya, beliau dan Syed Ahmad telah memasuki sebuah restoran yang terletak di dalam kawasan lapangan terbang. Ketika sedang menunggu pesanan tiba, Dato' Meor Abdul Rahman telah terlihat kelibat aktor Bruce Lee sedang dikerumuni oleh peminat-peminatnya di pintu masuk restoran tersebut. Bruce Lee ketika itu ditemani oleh beberapa orang pengawal peribadinya. Dato' Meor Abdul Rahman telah menyuruh Syed Ahmad supaya memanggil Bruce Lee supaya bertemu dengannya. Sebaik sahaja Bruce Lee mengetahui bahawa seorang Raja Silat Melayu ingin menemuinya, maka Bruce Lee pun terus bergegas menuju ke meja di mana Dato' Meor Abdul Rahman berada. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee yang sememangnya sangat-sangat berhajat ingin bersemuka dengan pakar silat seperti Dato' Meor Abdul Rahman, telah meminta Dato' Meor Abdul Rahman menunjukkan kebolehannya dalam ilmu kebatinan Silat Melayu. Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman pun bersetuju dengan permintaan Bruce Lee tersebut. Sambil duduk berhadap-hadapan, Dato' Meor Abdul Rahman lalu melepaskan suatu pukulan tangan yang dikenali sebagai "Kipas Senandung Dalam Senandung". Pukulan Dato' Meor Abdul Rahman ini telah mengenai tepat ke rusuk Bruce Lee, sehingga menyebabkan Bruce Lee terpelanting jauh ke belakang, bersama-sama dengan kerusi yang didudukinya. Ekoran daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, kawasan di sekitar rusuk Bruce Lee lama-kelamaan telah menjadi bengkak(sehingga membawa maut kemudiannya).
Continue Reading...

3 Mei 2011

betul ke x?haha



apa la yang difikirkan mamat tu ??



 perempuan kalau tengok dirinya sentiasa tembam dan gemuk tetapi.............





Continue Reading...

renungkan la....

apa khabar saudara pembaca semua.......semoga  sihat selalu harap nye.....hari ni moh kite renungkan sesuatu yang mungkin saudara pernah fikirkan....dan..mungkin anda tidak pernah fikirkan nya.....



anda kenal ke tak binatang apa diatas ni???ya betul meme kambing pun......tapi anak kambing yang kita nak tengok.....apa yang dia buat tu??


ta kira la binatang apapun...tp ambo bg kambing la mudah.....lepas die lahir dari perut mak die ...dia buat ape???
 


ye betul die menyusu....ape yg lebih nye anak binatang nie dari segi menyusu??laa....aok tengok la sendiri...

ape yang die boleh buat mase die kecik....dan ape yang awk xboleh buat mase awk kecik...
 anak kambing tu pandai cari susu mak die....xpayah nak tolong bagi...awk mase kecik.?? 
mak awk yang bagi awk susu ...harap kan awk sendiri nak cari susu ..jgn harap le....


lagi satu ......cube awk sume ingat balik mase awk dilahirkan dulu......
awak xpandai bercakap.....,xpandai berjalan...,dan banyak lagi yg awk xreti......mase tu kenit ngat lagi.......makan pun nak kene suap.....pendek kata awk semue xboleh buat pekara yg sama seperti mak awk selepas beberapa minit dilahirkan.... ...

tapi awk ce tengok anak kambing tu.......mase baru lahir tu pun dah boleh berdiri.....kalau kambing tu larat sikit lagi dah boleh berjalan........die pun boleh mengembek macam mak die......xdek nak menangis macam kau orang.....mase baru lahir tu pon dah pandai cari makan sendiri(minum susu mak die)xpayah makan nak bersuap......


                   bersambung.......................
Continue Reading...

14 Feb 2011

oh...begitu ke tok...??..



tok cu nak tanya boleh.....
  boleh cu  , cu nak tanya apa.............














BENARKAH?


seseorang itu akan mensyukuri nikmat sihat apabila dia pernah merasai kesakitan....
seseorang itu akan mensyukuri nikmat kenyang apabila dia pernah merasai                     lapar
seseorang itu akan mensyukuri nikmat gembira apabila dia pernah merasai                     dukacita 


seseorang itu akan mensyukuri nikmat bersuara apabila dia pernah bisu
seseorang itu akan mensyukuri nikmat berjalan apabila dia pernah duduk di                                                                                       kerusi roda
seseorang itu akan mensyukuri nikmat dihormati apabila dia pernah merasai                                                                                     dicerca
seseorang itu akan mensyukuri nikmat bebas apabila dia pernah dikongkong...
seseorang itu akan mensyukuri nikmat sayang apabila dia pernah merasai                                                                                             kekecewaan
seseorang itu akan mensyukuri nikmat kaya apabila dia pernah merasai                                                                                                 kemiskinan
seseorang itu akan mensyukuri nikmat ketenangan apabila dia pernah merasai                                                                                   keresahan
seseorang itu akan mensyukuri nikmat diraikan apabila dia pernah                                                                                                               merasai perasaan tidak diendahkan  
seseorang itu akan mensyukuri nikmat hujan apabila dia setia menunggu                                                                                               kehadirannya  setelah merasai                                                                                                    musim kemarau
seseorang itu akan mensyukuri nikmat kekuatan apabila dia pernah merasai                                                                                       nikmat dia pernah ditindas dan                                                                                                   berada di pihak lemah..
seseorang itu akan mensyukuri nikmat persahabatan  apabila pernah merasai                                                                                        tidak mempunyai sahabat
seseorang itu akan mensyukuri nikmat bernafas apabila dia pernah mengalami                                                                                  masalah hidung tersumbat atau                                                                                                  mengalami masalah pernafasan
seseorang itu akan mensyukuri nikmat melihat apabila dia pernah buta..
seseorang itu akan mensyukuri nikmat mendengar apabila dia pernah pekak
seseorang itu akan mensyukuri nikmat merasai apabila dia pernah diuji                                                                                                dengan kehilangan deria rasa
seseorang itu akan mensyukuri nikmat  berhari raya bersama keluarga apabila                                                                                   dia pernah meringkuk didalam penjara                                                                                   setelah beberapa kali berhari raya di                                                                                         dalam penjara keseorangan..
seseorang itu akan mensyukuri nikmat keamanan apabila dia pernah hidup                                                                                        dalam suasana  kucar kacir.....












kita hendaklah sentiasa mensyukuri pelbagai nikmat yang diberikan oleh ALLAH dalam pelbagai keadaan..kita hendaklah bersyukur dalam pelbagai keadaan...jangan tunggu  sehingga kita diuji....bersyukurlah sekarang wahai manusia ucap kan alhamdulillah dengan nikmat yang diberikan oleh ALLAH yang bernama manusia...




tuhan sentiasa mengaturkan pelbagai sistem keatas manusia supaya manusia sentiasa merasai nikmat yang bernama kehidupan dan mensyukuri nikmat tersebut....
saudara kalian ..apakah yang akan dirasai didalam sesuatu masak kan apabila masak kan tersebut hanya dimasukkan gula sahaja...nescaya masakkan tersebut takkan lengkap keranan hanya ada gula tetapi tiada garamnya....hanya ada manisnya ..tetapi tiada masinnya....malah jika terlebih gula pula akan medatangkan penyakit..... 


pengalaman adalah guru yang terbaik kepada insan kerana ia adalah guru yang paling kejam di dunia kerana ia akan mengorban kan masa lalu dan akan memberi kan kebahagian di masa hadapan...ia akan menghukum insan dengan sewajarnya kemudian barulah ia mengajar...


ingatlah......tidak salah kita mempunyai sejarah atau pengalaman yang gelap  dan hitam....karena setiapengalaman yang pernah dilalui akan menyebabkan manusia lebih berhati2 apabila berada dalam kehidupan yang akan datang.........ingat tu cu....





Continue Reading...

3 Feb 2011

bukti !!

apa itu matahari?
pernahkah kita mendengar ungkapan ni.... 
"pabila hari kiamat nanti matahari akan timbul di sebelah barat"  
  ini adalah salah satu janji ALLAH ..dan ianya pasti akan berlaku.. 
  pernahkah kita terpikir??
  tuhan menjadikan makhluk2 dan segala kejadian di dunia ini untuk hamba2nya berfikir dan         mengabdikan diri kita yang dicipta oleh Nya .......

apa yang kita akan fikirkan jika kita mendengarkan ungkapan seperti diatas..??..
pernah kah kita terfikir bahawa matahari yang di ugkapkan seperti ayat diatas boleh memberi maksud cahaya......cahaya bererti sinar...

seringkali agama islam ini sinonim dengan kawasan tanah arab dan kebanyakkan pengganut islam ini disebelah timur....disebelah barat juga terdapat  pengganut islam tetapi tidak seramai negara2 disebelah timur....kebanyakkan pengganut islam di negara2 barat  ditindas dan dihina....sehingga ada yang tidak berani untuk menyata kan keislaman nya.....hari ini dunia kembali kepada zaman sewaktu islam mula2 bertapak......

dan di suata waktu nanti  sinar islam ataupun cahaya islam akan dilihat lebihmenerangi di sebelah barat... ini kerana ramai golongan barat yang akan memeluk agama ALLAH ini...


ini dari segi kefahaman dari sesebelah pihak yang sentiasa berfikir tentang ayat2 ALLAH....setiap orang berbeza2 pendapatnya dan fikirannya....bersesuaiaan dengan hidayah yang  diberikan kepada hambanya ....

Hal ini dapat dibukti kan dengan kenyataan dibawah....
 
LONDON:
Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.

Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.

Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent.

Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun.

Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain.

Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun.– Agensi
Continue Reading...

pedang damsyik

Rasanya nama panglima Islam Salahuddin al-Ayyubi tidak payah untuk diterangkan lagi. Kehebatan strategi perang panglima yang digelar Saladdin oleh dunia barat ini sangat dikagumi oleh seluruh dunia termasuk daripada dunia Barat. Banyak sejarahwan daripada sebelah sana datang ke timur untuk mengkaji strategi dan kekuatan tentera Salahuddin daripada dahulu sehinggalah sekarang.

Sebenarnya kekuatan tentera Mamluk pimpinan Salahuddin tidak terletak kepada kepimpinan Salahuddin semata-mata, tetapi ia melibatkan kekuatan teknologi ketenteraan pada waktu itu yang melebihi kekuatan teknologi dunia Barat.

Antara daripada banyak teknologi ketenteraan yang dirintis oleh dunia Islam pada waktu itu, terdapat satu teknologi yang sehingga sekarang tidak dapat dirungkai dengan terperinci oleh saintis daripada Barat. Ia adalah teknologi pembuatan Pedang Damsyik.!


Ketajaman Pedang Damysik

Ketajaman Pedang Damsyik tidak boleh disangkal lagi. Seorang sejarahwan pernah berkata, jika kain sutera jatuh ke mata Pedang Damsyik, maka akan terputus dualah kain tersebut kerana ketajaman Pedang tersebut.

Ketajaman Pedang Damsyik ini turut digeruni oleh tentera-tentera salib pimpinan Richard the Lionheart. Ini kerana pedang ini mampu menembusi perisai dan baju zirah milik mereka. Bahkan, pedang ini mampu mematahkan pedang mereka dengan sekali hayunan. Ketajaman Pedang Damsyik merupakan salah satu sebab kemenangan besar Islam dalam siri-siri peperangan Salib itu.

Dalam satu peristiwa, Salahuddin telah memenggal kepada Raynald de Chatillon akibat perbuatan kejinya yang membunuh ratusan orang Islam dan Yahudi yang tidak bersalah. Salahuddin yang terkenal adilnya telah mencantas kepala Raynald de Chatillon dengan pedang miliknya yang diperbuat daripada Besi Damsyik itu ibarat memotong roti.




 Di sebalik ketajaman Pedang Damsyik

Di sebalik ketajaman Pedang Damsyik tersembunyi 1001 rahsia. Cara pembuatan Pedang Damsyik yang sebenar telah lupus ditelan zaman. Ramai mempercayai bahawa cara pembuatan lupus disebabkan sikap tukang besi yang enggan mewariskan cara pembuatannya kepada umum tetapi hanya kepada saudara terdekatnya sahaja. Sebenarnya, tukang besi terpaksa bersikap demikian bagi menjaga ketulenan pembuatannya dan menjaga teknologinya daripada tersebar kepada pihak musuh terutamanya golongan Kristian di Eropah.

Dikatakan bahawa cara pembuatan beransur-ansur lupus selepas serangan besar-besaran puak Mongul kepada kerajaan Islam di Baghdad pada 1258M. Selepas itu, ia beransur-ansur hilang sehinggalah pada abad ke-18, ia lupus dalam dunia Islam. Umat Islam sekarang hanya dapat mengetahui melalui buku-buku tulisan cendiakawan-cendiakawan Islam zaman silam sahaja.

Menurut sarjana terkenal Islam, Al-Qalqashandi, beliau menyatakan dalam bukunya, Subh al-A’sha (Fajar yang Buta) bahawa Damsyik merupakan pusat pembuatan besi dan peralatan perang yang termashyur terutama dalam pembuatan pedang Damsyik pada abad ke-12. Ketika itu Damsyik dibawah pengaruh Dinasti Ayubbiyah.

Seorang lagi sarjana Islam iaitu Ibnu Asakir dalam buku berjudul Al-tarikh Madinahtul Damsyik(Sejarah Kota Damsyik) turut sama menyatakan bahawa Damsyik merupakan kota pembuatan pedang yang tersohor di Timur Tengah.

Tidak sukar untuk mengenali Pedang Damsyik ini, bahkan dengan sekali pandang pembaca pasti dapat mengenalinya. Pedang Damsyik memiliki urat-urat besi(firind) yang cantik menghiasi muka luar pedang tersebut. Pedang ini juga tersangat keras dan tajam. Dengan kecantikan yang digabung pula dengan keteguhan strukturnya, ini membuatkan sarjana daripada Barat semasa abad pertengahan bergitu kagum dan terpesona dengan hasil teknologi umat Islam zaman tersebut yang jauh menjangkaui mereka.

Teknologi Islam Teknologi TerunggulTeknologi Nanoteknologi baru sahaja diketahui iaitu sekitar abad ke-19. Pelopor Nanoteknologi adalah Richard Feynman yang telah memberi ceramah mengenai satu teknologi ‘baru’ yang bergitu maju kepada Persatuan Ahli Fizik Amerika pada 29 Disember 1959. Nanoteknologi adalah satu teknologi kejuruteraan yang menumpukan kepada teknologi yang lebih kecil iaitu dalam skala nano. Untuk pengetahuan anda 1 nanometer bersamaan dengan 1 x 10-9. Teknologi memungkinkan sesuatu yang mustahil menjadi realiti seperti kemungkinan material emas yang terkenal kukuh itu boleh mencair hanya dalam suhu bilik. Apabila ia berlaku, kemungkinan penggunaan emas akan meluas dan pelbagai. Sehingga kini, saintis daripada Jepun dan Barat berusaha untuk menguasai ilmu nano ini akan tetapi Malaysia masih lagi jauh ketinggalan.

Teknologi yang pada anggapan saintis barat sebagai teknologi yang baru ini sebenarnya telah lama dipelopori dan dirintis oleh ilmuan-ilmuan Islam pada abad pertengahan dahulu. Salah satunya adalah dengan pembuatan Pedang Damsyik.



Kajian Sarjana Barat

Kajian demi kajian telah dibuat oleh pakar-pakar daripada Barat. Baru-baru ini, pakar daripada Barat telah membuat penyelidikan bagi menentukan samaada betul atau tidak Pedang Damsyik adalah paling tajam di dunia.

Selepas menggunakan mikroskop elektron yang berteknologi tinggi, mereka terkejut kerana terdapat sejumlah kecil material-material seperti vanadium, chromium, manganese, cobalt, nikel, dan beberapa elemen yang jarang ditemui dan hanya terdapat di India dan Serindib,Sri Lanka.

Untuk pengetahuan anda, Pedang Damsyik diperbuat oleh besi yang diimport khas daripada India iaitu Besi Wottz (Wootz Steel). Sebelum penemuaan ini, Sarjana Barat hanya mempercayai Pedang Damsyik hanya diperbuat daripada Besi Wottz semata-mata. Selepas penemuan yang mengejutkan ini, mereka mula percaya bahawa ilmu teknologi Islam pada zaman pertengahan adalah bergitu maju dan diluar jangkaan.



Seterusnya, sarjana Barat turut menemui elemen Karbida Nanotiub(Carbide Nanotube) di dalam Pedang Damsyik semasa kajian di buat. Karbida Nanotiub inilah yang menyebabkan pedang yang pernah digunakan oleh tentera Mamluk dan Abbasiyyah ini membentuk struktur yang kuat dan padu. Karbida Nanotiub juga menyebabkan terbentuknya alur-alur cantik di permukaan Pedang Damsyik.


Legasi Pedang Damsyik

Miskipun pembuatan Pedang Damsyik ini penuh dengan rahsia, tetapi itu tidak bermakna ia tidak tersebar. Mungkin benar jikalau ia tidak disebar sepenuhnya. Namun apabila ia diselidiki, ia amat menyerupai pembinaan Pedang Damsyik. Antaranya adalah:




Keris Nusantara

Pembuatan keris mirip pembuatan Pedang Damsyik terutama dalam pencampuran material-material lain untuk menambahkan kekuatan strukturnya. Jika dilihat alur-alur keris yang timbul di permukaan keris tersebut, ia amat menyerupai alur-alur yang terdapat pada Pedang Damsyik. Miskipun demikian, keris tidaklah sepertimana Pedang Damsyik kerana keris hanya pisau pendek yang sesuai untuk pertempuran jarak dekat.




 
Pedang Katana


Miskipun sejarahwan mengatakan Pedang Katana mula dicipta pada 700AD oleh seorang tukang besi bernama Amakuni namun pembuataannya tidak sehebat pembuatan pada abad ke-15 semasa Perang Onin sekitar tahun 1467-1477. Pedang Katana terkenal dengan ketajamannya sehingga boleh membelah tembikai dengan sekali cantas. Pembuatan Pedang Katana seakan-akan dengan pembuatan Pedang Damsyik di mana besi utama turut ditempa sebelum memasukkan elemen-elemen besi lain untuk menambahkan strukturnya. Sehingga kini, pembuatan Pedang Katana terus terpelihara.
Continue Reading...

30 Jan 2011

aduuuh...dah terlambat ke aku nak patah balik nie...???















-kalau masa nak terjun tu kecewa sangat tapi bila dah sampai tengah2 tu kalau dah menyesal xgune dah.....kite bukan tahu org yang terjun bunuh diri tu ada yang menyesal masa dalam perjalanan  ke tingkat bawah untuk bunuh diri...hehe..sebab semua orang yang terjun tu kebanyakkan nye mati terus..kalu hidup pun bisu xpun bute or lumpuh.....sebelum nak terjun tu. kita pikir dulu....tapi kalau jalan yang terbaik tu bunuh diri  apa lagi...terjun je terus....

anda boleh bunuh diri ....dengan syarat..
-kalau tu menjamin kan anda untuk terus ke syurga.....
-tiada orang yang akan meratapi atas pemergian mu...
-dapat pahala yang berlipat kali ganda....
-anda jamin bunuh diri tu diharuskan dalam agama...
- anda pasti tuhan tidak akan murka dengan perkara tersebut...

 
Continue Reading...

29 Dis 2010

kisah teladan:kasim dan kudut

di dalam sebuah kampung terdapat dua orang sahabat yang bernama kasim dan kudut...
mereka ni berkawan rapat sejak dari kecil lagi.


si kasim ni seorang yang berperangai baik dan seorang yang beriman.....
 manakala si kudut ni seorang yang jahat ,nakal ...kalau buat maksiat dia lah nombor satu... kasim ni selalu menasihatkan kepada kudut supaya berubah dan jadi orang yang berguna ...

si kasim tidak pernah jemu menasihati kudut supaya bertaubat serta berubah...dia mengingatkan kudut supaya kembali kepada ajaran islam yang sebenar....dan mendalami ajaran islam bersamanya....si kasim berkata kepada kudut"nanti apa yang hang nak jawab dalam kubur nanti kalau hang buat maksiat je...taubatlah kuduuut sampai bila hang nak terus dengan perangai hang yang selalu memalukan keluarga...xkesian kat mereka ka??..."

 tetapi jawapan yang sering diberikan oleh kudut amat menyedihkan....dia sering memberi alasan"ah..sebok lah kau.. aku taw lah jage diri aku...kubur kau hak kau ,kubur aku hak aku........xde kene mengene dengan engkau sibuk je...dekat2 nak mati nanti aku taubat la...."

engkau ingat aku tak reti nak jawab soalan tu ke?kalau malaikat tanye aku jawab la..soalan mudah je tu...
sape tuhan kau?ALLAH....
sape saudara mu??UMAT ISLAM..
apa amalan mu semasa didunia??ermmmm.....ape yer...xp la..aku pas soalan tu... hari tu aku ade cakap dekat kakak aku supaya tulis soalan dengan jawapan  yang malaikat tanye tu kat kain kapan...


kasim berasa terkejut dengan jawapan kudut mengenai soalan yang akan ditanya di kubur itu.....

die hanya mengeluh...setiap kali jawapan yang sama diberikan oleh sahabat karib nya itu...pada hari itu kasim tidak lagi mampu menahan lagi dengan jawapan yang diberikan oleh kudut.....dia ingin memberitahu tahu sesuatu kepada kudut..tetapi dia tidak sampai hati nak memberitahu kudut...kasim risau kudut terguris dengan perkara yang ingin diberitahu nya nanti....die memberanikan diri nya supaya dapat memberitahu kudut dengan cara lain,,.


si kudut yang bosan dengan perangai kasim yang sering membebel dan menyebok hal nya pun beredar dari situ .......


nak dijadikan cerita belum sampai beberapa langkah si kudut terjeropok kedalam sebuah lubang yang mempunya cerucuk tajam.....apa lagi mati la die akibat tertikam dengan cerucuk tersebut......haha ....(kan dah tak sempat nak taubat...)

si kasim yang terlihat kejadian itu segera bergegas ketempat kejadian...dia berasa sedih dan ingin cuba menyelamat kan kawan nya.....tapi dia xberani....nanti dengan die2 masuk dalam tu...nak telefon orang mintak bantuan telefon xd line....

dia hanya mampu menjerit meminta tolong.....die menjerit dengan sekuat hatinya...suaranya seperti halilintar membelah gunung......

malang tidak berbau..

suaranya yang kuat menyebabkan beruk yang terdapat disitu menendang buah kelapa tepat2 mengenai kepala nya...dia berasa pening dan jatuh rebah...dia pon k.o. disitu...

tamat lah riwayat kedue2 rakan karib tersebut disitu....

beberapa minit kemudian mayat mereka ditemui oleh penduduk kampung yang lalu disitu..perkara tersebut segera diberitahu kepada kedua2 ibu bapa mereka...

reaksi ibu bapa mereka setelah biberi tahu mengenai perkara tersebut.....


keluarga kasim..
ibu bapanya berasa sangat sedih dengan kehilangan kasim...adik beradik nya seolah2 tidak percaya dengan apa yang berlaku....tetapi keleuarga kasim terpaksa menerima suratan dan takdir yang berlaku ke atas kasim....."mungkin tuhan lebih menyayanginya."kata bapanya..



keluarga kudut ..... 
ibu bapanya hanya mampu tersenyum gumbira atas permegian anak  nya yang jahat itu.....adik beradik nya menarik nafas lega...."xdek dah lah orang nak buli kite"bincang adik2 kudut...tetapi kakak kudut bersedih dengan pemergian kudut(mereka berdua memang rapat ,hanya kakak nya yang bersimpati dengan pemergian kudut..)...manakala ayahnya sangat  gembira dengan kematian anaknya itu....

lantas dia mengadakan doa kesyukuran malam itu......die berasa sangat senang hati dengan pemergian anaknya yang sering memalukan keluarga....
(anda tahu ke mak bapak anda sedih?suka? kalau  anda meninggal...cmmane anda nak tahu,anda dah mati masa tu...)

nak dijadikan cerita.. kakak kudut ni terlupa akan pesanan adiknya itu supaya menulis soalan berserta jawapan yang akan ditannya di kubur diatas kain kapan ......



di kubur.....


mayat kedua2 mereka selamat dikebumikan diliang lahad yang bersebelahan....setelah upacara pengebumian selesai dilakukan ,semua sanak saudara dan orang kampung beredar pulang.....

tinggal lah kasim dan kudut didalam lubang yang gelap(kubur) itu.....


di dalam kegelapan kubur tersebut tiba2 kubur kasim diterangi cahaya yang terang dan bau-bauan  yang harum serta dihiasi dengan pemandangan syurga yang indah.....manakala dalam kubur kudut gelap gelita di hiasi dengan suasana neraka serta bau-bauan yang busuk macam taik ...




dalam ke sepian suasana lubang itu tiba-tiba kasim mendengaran bunyi pekikkan dan jeritan meminta tolong...itu ialah suara kudut diseksa.......kasim yang sedang menikmati kesyahduan alam kubur tersentak....muka nya sedikit marah...
dia pun menjerit mengetuk dinding kubur sambil berkata....


"wey aku geram btol dengan mu ni.aku dah agak dah jd gini....hmmm.."

..jangan la jerit kuat sangat...slow la sikit jeritnye...
aku dah cakap kat dunia dulu suruh hang buat baik hang cakap aku penyibuk..
aku nasihat hang suruh buat baik, hang cakap kubur aku hak aku, kubur kau hak kau..
xdek nyusahkan sape konon.....
tapiiiiiiii kau tengok la sekarang....kau menjerit sakit , terpekik terlolong kene seksa ,menangis lar ape la.....

kau ngat xmenyusahkan aku ke ha!!!kau jerit kuat2 kau ingat aku tak dengar ke...kau dah lah duduk sebelah aku..hmmmmm....




si kudut hanya senyap kerana tidak mampu berkata apa..dia ingin meminta maaf kepada kasim tetapi tubuh badannya  keperitan diseksa oleh malaikat.kudut sangat menyesal dengan perbuatan nya di dunia dia ingi bertaubat kembali....tetapi masa tidak akan berulang...sudah dalam kubur baru nak menyesal ke??dah lambat sangat dah tuuu...

.....setiap kali ditanya oleh malaikat dia tidak dapat jawab....ha bila dah tak dapat jawab kene pukul lah... semakin lama semakin kuat jeritan yang dikeluarkan oleh kudut.....soalan yang pernah kudut cakap mudah tu akhirnya memakan dirinya sendiri....

kebetulan tarikh mereka mati tu dah dekat2 dengan bulan ramadhan..lagi dua hari macam  gitu lah..
setelah bulan ramadhan menjelma si kudut dapat berehat sementara menunggu bulan seterusnya..dia menarik nafas lega..nasiblah aku mati dah dekat2 dengan bulan ramadhan..hehehe...

tiba2 ..pada tanggal 3 ramadhan dia teringat akan pesanannya kepada kakaknya hari tuuuu......
dengan confiden nye dia berkata"haha...lepas ni selamat lah aku..comfirm  takkan kene seksa dah".......


dia segera membelek2 kain kapannya ...untuk mencari  soalan dan jawapan yang ditulis oleh kakak nya...

tiba2 dia terjumpa beberapa tulisan yang terdapat pada kain kapan  nya itu....dia segera menghafal nya..sepanjang bulan ramadhan itu dia bertungkus lumus mmenghafal tulisan tersebut...



dia berasa sangat gembira...kerana lepas ni dia tak kena seksa dah..
dia sangat senang hati...dia asyik tersenyum saja...mengenangkan nasibnya lepas ni..





setelah tamat bulan ramadhan...tibalah bulan syawal....

kudut di datangi semula oleh malaikat untuk ditanya mengenai soalan yang sama...

si kudut tersenyum panjang......sambil ketawa kecil....

malaikat segera bertanya kepada kudut ......

bersediakah wahai manusia untuk menjawab soalan aku ini..???
dengan konfiden kudut mengangguk....dan memberitahu dia sudah bersedia...


wahai manusia jawablah soalan ku ini...!!!
siapa TUHAN mu??
kudut menjawab COTTON..

panggg!!kudut dilibas ...jasad nya semakin terperosok kedalam tanah..

siapa SAUDARA mu??
kudut menjawab MADE IN CHINA...
pang!!!!kudut dilibas lagi....

apa AMALAN MU DI DUNIA??
aduh!!kakak aku ni tak tulis la pulak jawapan  untuk soalan ni....
panggggg...kudut dilibas.....dia diseksa hingga ke hari kiamat......


malang sekali kakaknya lupa nak tulis apa yang dipesan oleh kudut...
kain kapan yang digunakan oleh kudut dibeli sekali dengan kain kapan kasim...mayat kasim dikapan kan dahulu ,kemudian barulah kudut dikapan kan...disebabkan kudut di kapan kan last dia punya kain ada tanda harga berserta jenis kain dan tempat kain itu di buat.....




-singaperang.blogspot.com-
Continue Reading...
 

Popular Posts

singaperang Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template