9 Ogo 2010

tariqat dan tasawuf

hakikat sebenar ilmu , semuanya datang dari ALLAH





 
tariqat dan tasawuf



Ilmu tasauf ini merupakan satu ilmu kerohanian yang kini telah hampir luput dikalangan umat Islam, kebanyakan orang tarikat sufi yang menghidupkan ilmu tasauf, namun begitu cabaran mencari dan mempelajarinya adalah amat-amat hebat malah ditentang oleh ahli-ahli feqah dan ahli-ahli syariat, bagi mereka yang tidak memahami mengangap tarikat dan tasauf adalah ajaran atau amalan sesat dan tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Namun begitu bagi mereka yang betul-betul ingin mendalami dan menuntut nya kerana amalan tarikat dan ilmu tasauf ini dapat mempertingkat diri kerohanian dan jati diri, dengan itu adalah sebaik-baik jalan dan ilmu yang dicari. Ilmu kerohanian ini merupakan ilmu berkaitan dengan ketuhanan, memahami diri terperi dan penciptaNya Allah Azzawajjala, sebagai mana kita tahu tokoh-tokoh cerdik pandai Islam dizaman puncak kegemilangan Islam seperti Ibnu Ar-Rabbi, Ibnu Sina, Ibnu -Khaldun dan lain-lain lagi cerdik pandai Islam semasa itu mereka merupakan ahli tasauf and sufi. Pemikiran dan kecintaan mereka tentang ilmu Allah adalah amat-amat luas sehingga dapat menghayati kehidupan sebagai seorang cerdik pandai Islam yang unggul didunia ini suatu ketika dahulu. Sebagai contohnya Ibnu Sina membedah tubuh pesakitnya dengan hanyanya menggunakan tangan sahaja tanpa alat-alat bantuan seperti zaman sekarang dan menjadi pelopori menerokai ilmu kedoktoran dan memahami rahsia jasad manusia. Dimanakah asal ilmu-ilmu ini jika tidak diterokai dengan ilmu kerohanian, kerana ilmu kerohanian inilah yang menjadi sesorang individu mempunyai kekuatan dalam secara hati jiwa dan roh yang kuat dan sebati dengan diri untuk menjadi insan hamba yang diredai Allah dan Allah Maha Bijak menganugerahnya.


                 Allahyarham Tok Guru Haji Daud Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan
 
Serba sedikit latar belakang hubungan tarikat dan ilmu tasauf, seperti diKelantan, banyak ahli tarikat dan sufi adalah dikalangan tarikat Ahmadiah, dimana mengikut sejarah tarikat Ahmadiah Kelantan di pelopori oleh Allahyarham Tok Guru Haji Daud Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Pondok Haji Daud Bukit Abal masih lagi ada diKelantan pada masa kini. Kini banyak madrasah-madrasah tarikat diKelantan dimana ramai yang ingin mendalami ilmu kerohanian yang mana ilmu kerohanian adalah amat penting untuk amalkan dalam diri seseorang supaya ia dapat membuka basirah hati didalam diri individu itu supaya celik dan berilmu. Namun begitu tidak diKelantan sahaja malah banyak lagi madrasah tarikat yang muktabar seperti tarikat Qadiriah, Naqshabandiah, Qadariah and Sazaliah seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Kedah, Perak dan lain-lain negeri. In bergantung kepada individu itu sejauh ingin mencari haluan diri supaya ia dapat mempelajari dan mencari guru yang murysid lagi muktabar. Didalam mencari ilmu kerohanian juga tidak dilupakan bahawa cabaran mencari ilmu yang benar itu ada banyak cabarannya sehingga seseorang itu bersungguh dengan ikhlas untuk mendapat keredaan Allah sehingga menjadikan dirinya kerana hamba dan Allillah.

                                                               TOK KENALI
                                                                               (1870 – 1933)


Ilmu tasauf ini merupakan suatu ilmu yang hidup dan kekal selagi hayat dikandung badan kepada mereka yang menempuh kejalan menuju Allah, kerana ilmu tasauf ini menjadi satu pedoman didalam pembinaan diri dan rohani. Apa gunanya jasad jika hati tidak hidup, apa guna hati jika jiwa tidak tenteram, apa guna roh jika jiwa tidak terisi. Makanan hati, jiwa dan roh adalah zikrullah. Orang yang mendalami ilmu tasauf mereka akan merasa jiwa dan roh mereka hidup dikandung jasad kerana bagi mereka kekuatan diri secara psikologi berlandaskan hikmah Allah yang memberi kehidupan pada setiap hari, sedetik atau sesaat mereka tentunya memikir dan mngingati Tuhan Allah. Mereka menilai dan menghargai diri mereka dengan rasa penuh kenikmatan dan sentiasa meminta limpah kurnia Rahmat dan Kasih sayang Allah. Apabila berbicara mereka berbicara dengan rasa untuk keihklasan dari hati walaupun nafsu sentiasa ingin membatasi sifat yang baik, diri mesti sentiasa bergantung pada hati dan nurani. Diri akan cuba mendapatkan hikmah dari Allah dalam apa jua keadaan sekali pun walaupun suka gembira mata memandang atau sedih pilu mata dan hati hati merasakan pada sesuatu keadaan. Allah akan sentiasa memandang dan seseorang sufi akan berpandangan dengan Allah dengan hikmah hidayah Allah, merasai jiwa sanubari terisi dengan nur Allah. Walaupun begitu cabaran menempuh dugaan sentiasa dihadapi namun begitu harus diterima dengan penuh kekuatan dan ketabahan, itulah yang dinamakan seorang insan, hakikatnya kita adalah insan manusia. Didalam perjalanan sufi perjalananan mereka adalah perjalanan kehidupan menuju Allah, dimana mereka akan merasai bahawa hakikat diri insan ini perlu diisi dengan pemahaman diri betul bernilai diatas kejadian diri keturunan Nabi Adam dan Hawa, kerana kejadian makhluk manusia itu merupakan penciptaan yang akbar dan mutlak. Kejadian manusia dari tanah, api ,air dan angin sehingga dimasukkan roh akhirnya bernyawa hidup membesar. Penciptaan diri sebagai manusia itu adalah begitu unik dan bermakna kerana Allah dengan anugerahNya menjadikan kita manusia sebagai makhuk manusia bernama Adam (tanah). Jasad kita inilah yang merupakan insan yang yang hidup yang beroh dan berjiwa naluri. Kita diciptakan Allah ditentukan dari lauh mahfuz tentang qada dan qadar, namun begitu kita mesti berusaha untuk menjadikan diri kita yang terbaik untuk diri kita demi menjadikan insan yang sebenar-benarnya sempurna. Kekuatan memahami hakikat diri melalui melalui ilmu tasauf adalah merupakan salah satu dari kunci cabang ilmu yang boleh membuka hati, jiwa dan roh itu kepuncak anugerah Allah, kerana Allah akan membuka jalan yang seluas-luasnya kepada mereka mngingatiNya dan memyembahNya. Kekuatan rohani inilah yang sering teruji dikalangan kita, kerana kebanyakan kita orang awam kehilangan keyakinan diri apabila menghadapi dugaan dan rintangan, kekuatan perlu dipertingkatkan dengan amalan kerohanian dan pengisian jiwa dengan ilmu tasauf terhadap individu itu, namun begitu pencarian dan pengalian rohani itu mesti disamping diusahakan dengan amal dan ibadat serta ingatan kepada Allah.
Kehidupan sebagai manusia itu lebih bermakna apabila dirinya sentiasa megingati Allah dan memuji Allah, kerana itulah keindahan dan kasih sayang insan terhadap penciptanya. Kasih sayang Allah terhadap makhluk tiada terbatas tidak dapat ditolok bandingnya walaupun tidak dapat ukur banyaknya bertaburan berkelipan bintang-bintang dilangit atau buih-buihan dilautan, begitu juga dengan ilmu Allah yang terbentang luas seluruh alam samada secara dianugerah rohani atau secara kalam. Ilmu kerohanian atau tasauf adalah merupakan satu cabang ilmu yang tiada batasan yang dilimpahi dengan kurniaan Allah kepada hamba yang dipilihnya atau hamba yang menuju jalannya menuntut ilmu datang dari ilham laduni, bil hikmah, dari kalangan manusia itu sendiri baik dari ulamak-ulamak , para solehin ataupun para awliyah. Bagi mereka yang menempuh atau mencari jalan menuju Allah, maksud menuju untuk menghampiri diri dengan Allah agar diri sentiasa dilindungi dengan rahmat dan kasih sayang, dan merasa nikmat kehidupan sebagai makhluk yang berilmu dan berhikmah, dan menjadikan ibadah sebagai tiang agama, kenyataan diri terperi itu sentiasa dirasai dengan ukuran hati yang murni bersih, semakin banyak ingatan zikir kepada Allah dan pujian semakin nyata diri ini wujud dialam kenyataan dunia, semakin rasa perhambaan dan semakin rasa akan maksud diri, wujud Allah didalam diri semakin kuat dengan kekuatan iman dan tauhid.


Serba sedikit disentuh secara ilmu tasauf,untuk menyatakan dan merasai diri itu berjiwa dan beroh merupakan satu usaha yang perlu dipertingkatkan kerana adanya roh didalam jasad itu amat-amat halus sehingga kita sebagai insan amat-amat susah untuk menghadapi kenyatan berjiwa dan dan roh. Berkenaan dengan jiwa , jiwa insan itu merupakan satu penghayatan perasaan yang susah untuk dirasai namun begitu apabila insan itu membaca kalam-kalam Allah seperti ayat-ayat Al-Quran maka jiwanya akan mula diseliputi dengan kalam-kalam suci yang memberi kekuatan dan ketenangan yang penuh, namun begitu susah untuk dihalusi jika setiap individu tidak merasa nikmat membaca Al-Quran, nikmat mengisikan jiwa itu dengan kalam-kalam Allah adalah ibarat mengisi sebuah bekas bijana dengan air yang lama kelamaan bijana itu akan berbekas dengan sirami air tersebut, begitu juga dengan roh sekiranya diisi dengan zikir-zikir roh maka roh itu akan sentiasa hidup dengan rasa diri terperi denga rasa kehidupan berdiri berjalan bergerak dan bertutur itu ada maksudnya dan maujudnya Allah. Ini adalah salah satu penghayatan ilmu tasauf dan amalan tarikat dimana nafas dan tanafus secara kerohanian, ini bermulanya apabila individu itu mencapai tahap basirahnya hatinya, maka segala penghayatan ilmu dan ibadahnya akan mula berputik sedikit demi sedikit sehingga mereka atau individu merasa nikmatnya mengerjakan perbuatan amal dan ibadah, dengan maksud yang lebih mendalam, namun perjalanan menuju kedudukan hakikat setelah makrifat yang berkekalan perlu diusahakan lagi dengan amalan kerohanian zikir itu..sebagai satu contohnya sehingga tahap untuk mencapai istilah tahap kekhuysukannya didalam satu-satu solatnya.


hakikat tasawuf

 Akhir  zaman kini ramai orang mahu mencari suatu amalan untuk membersihkan dirinya dan amalan yang lebih cepat untuk mendekatkan dirinya kepada Tuhannya. Begitu juga ramai orang yang berlumba-lumba untuk melakukan ibadat tak kira ibadat tersebut benar-benar diambil daripada sumber islam yang tulen ataupun tidak. Oleh sebab itulah kita lihat ramai yang suka beribadat dengan banyaknya akan tetapi jahil ilmu agama. Ada juga yang akhlaknya sangat baik tetapi pegangan agamanya sangatlah karut. Mereka mempercayai wali-wali boleh membantu mereka disamping Allah. Doa mereka berbunyi: "Wahai Imam Syafi'i tolonglah kami".. sedangkan jelas pertolongan (isti'anah/ istighatsah) hanyalah kepada yang Maha Satu. Bukan kepada Imam Syafi'i tidak juga Nabi s.a.w. kerana ianya bercanggah dengan nas-nas yang akan saya paparkan selepas ini.

Saya ingin mengajak para pembaca agar melihat sejenak serta berfikir suatu golongan yang tidak asing lagi yang dinamakan "Sufi" atau lebih popular dengan nama "tasawwuf". Nama yang sangat tidak asing ini telah mendapat tempat di seantero dunia dari timur ke barat dari utara ke selatan. Akan tetapi benarkah golongan ini benar-benar isi ajarannya selari dengan tuntutan agama islam yang sebenar? Ataukah ia sebenarnya cuma ibarat bunga plastik yang hanya cantik luaran tetapi tidak dapat memberi manfaat melainkan hanya indah di mata, itupun mata yang yang telah didorongi dengan hawa nafsunya yang sebenarnya tidak dapat dibandingkan dengan bunga-bunga yang benarbenar hidup di bawah kekuasaan Allah Yang Maha Mencipta sekalian makhluknya.

Menurut kajian para agamawan dan ulama-ulama islam, perkataan sufi bukanlah berasal dari bahasa arab. Ada yang mengatakan ia berasal dari kata suf (baju dari kulit domba) yang menjadi pakaian bagi golongan zuhud di zaman Nabi, ada juga yang berpendapat ianya berasal dari kata sufiya yang merupakan bahasa yunani yang bermaksud hikmah. Ada juga pendapat yang mengatakan ianya berasal dari kata As-Safaa' yang bermaksud suci dan jernih. Akan tetapi pendapat ini telah disanggal kerana jika ditambah dengan ya' nisbah ia akan menjadi safaa'ie bukannya sufi.

Selalunya sufi ini dikaitkan dengan tarikat yang bermaksud jalan. Ada juga yang berpendapat sufi ini hanya kaitannya dengan zuhud, tawadhu' dan warak dan tidak ada kaitannya dengan tarikat-tarikat tertentu. Akan tetapi yang menjadi mejoritinya hari ini bila disebut sufi atau tasawwuf ia mesti dikaitkan dengan tarikat. Tarikat ini telah diterima umum oleh banyak ilmuan-ilmuan islam yang kebanyakan mereka ini dipelopori oleh pengikut asya'irah maturidiyah. Antara tarikat-tarikat yang popular seperti Tijaniyah, Naqsyabandiyah, Syaziliyah, Qadiriyah, Ahmadiah, dan sebagainya.

Nama sufi ini sebenarnya telah memecah-belahkan kaum muslimin disebabkan oleh kaum sufi itu sendiri. Apa tidaknya, masing-masing daripada kelompok sufi yang menamakan kelompok mereka dengan tarikat-tarikat tertentu mengakui merekalah yang paling benar. Malah menuduh sesama mereka sebagai tidak betul. Malah jika diperhati setiap peribadatan kaum sufi ini, ternyata amat berbeza antara satu tarikat dengan tarikat yang lain. Malah setiap tarikat-tarikat pasti tidak akan terlepas daripada rekaan-rekaan bentuk peribadatannya. Sedangkan islam menganjurkan untuk bersatu-padu dan jangan berpecah-belah serta beribadat sebagaimana yang telah disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah Ta'ala:

Dan berpegang-teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. (Surah Ali Imran : 103)

Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta Dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, Yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. (Surah Ar-Rum : 31-32)

Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. (Surah An-Nisaa' : 59)

"Siapa yang mengamalkan suatu amalan yang tiada daripada ajaran kami, maka ia ditolok (tidak diterima).. " (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengapa perlu berkelompok-kelompok? Tidak cukupkah ajaran islam yang dibawa oleh Rasulullah? Tidak cukupkah Al-Quran dan As-Sunnah menurut fahaman sahabat (salafus soleh) sebagai petunjuk dan pembimbing hidup? Inilah yang kurangnya pada kelompok sufi sebenarnya. Mereka mengamalkan zikir-zikir yang tidak bersumberkan Al-Quran dan Hadis yang sahih. Mereka mengamalkan tawassul (perantaraan/ Wasilah) yang melampaui batas syariat. Dan mereka juga sering guluw (melampau) dalam segala perbuatan yang direkayasa oleh mereka.

Seperti yang saya sebut pada awal tulisan ini, mereka ini suka berdoa dengan cara yang salah kerana mereka beristighatsah dan beriti'anah selain Allah seperti: "Wahai Jailani, Wahai Rifa'I, Wahai Rasulullah tolonglah kami!" atau terkadang juga mereka berdoa "Wahai Rasulullah hanya kepadamu kami bersandar!" Padahal jelas daripada Al- Quran menyatakan tidak boleh berdoa meminta pertolongan melainkan hanya pada Allah semata.

Hanya pada-Mu kami menyembah dan hanya pada-Mu kami meminta pertolongan. (Surah Al-Fatihah : 5)

Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak dapat memberi manfaat dan tidak dapat memberi mudharat kepadamu selain Allah; kerana jika kamu berbuat demikian itu, sesungguhnya kalau begitu kamu termasuk golongan orang-orang yang zalim. (Surah Yunus : 106)

Maksud zalim dalam ayat di atas adalah syirik (mempersekutukan Allah) sebagaimana Firman Allah dalam surah Luqman ayat 13 yang berbunyi: Janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.

Satu lagi cara ibadat yang telah disepakati oleh kaum-kaum sufi adalah berzikir secara kuat serta berjemaah. Sebagaimana pada hari ini, bukan sahaja para sufi yang berzikir secara kuat, malah ramai yang telah tertipu dengan cara ini yang disangka ianya sunnah padahal ia bertentangan dengan sunnah Nabi yang jelas tertera di dalam Al-Quran maupun Hadis Nabawiyah.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai. (Surah al-A’raaf :205)

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. (Surah al-A’raaf : 55)

Suatu hadis yang tidak asing lagi dalam menolak hujah mereka yang mengatakan zikir berjemaah adalah sunnah adalah hadis yang diriwayatkan oleh ad-Darimi dalam musnadnya menunjukkan bahawa zikir secara berjemaah adalah bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah sahabat r.a.

Daripada ‘Amr bin Salamah (seorang tabi’i) katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman (gelaran kepada ‘Abd Allah bin Mas’ud) telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.

Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”

Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka (ini merupakan salah satu sifat khawarij seperti diterangkan dalam hadis-hadis). Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi. Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.” (Hadis riwayat ad-Darimi di dalam Musnadnya dengan sanad yang dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadis as-Sahihah jilid 5, ms 11)

Bukan setakat itu penyelewengan kaum sufi, malah banyak lagi penyelewengan mereka sehinggakan ada yang sampai ketahap pemujaan para wali dan keramat serta menyembah kubur wali dan meminta tolong darinya, dan ada yang menerima konsep wahdatul wujud (bersatunya makluk dengan Tuhannya) yang dipelopori oleh Ibn 'Arabi sebagaimana termaktub fahamannya ini dalam kitab Futuhat Al-Makiyyah. Sehingga Ibn 'Arabi pernah berkata: "Sesungguhnya seorang lelaki yang meniduri isterinya, sebenarnya sedang meniduri Allah Al-Haq." Sungguh kufur perkataan ini wal 'iyazubillah.

Jika sesiapa yang pernah ke Mesir boleh melihat sendiri kebatilan cara para sufi ini berzikir secara kuat (jahar) sambil menari dan bertepuk-tepuk tangan serta meraung-raung nama Allah sehinggalah mereka hanya menyebut seringkas-ringkasnya sebutan Al-Haq seperti: "Hu-Hu, Hu-Hu, atau Ah-Ah-Ah seperti orang yang mabuk kerana meminum arak. Kononnya inilah zikir tahap yang tertinggi sekali. Sedangkan sabda Rasulullah:

"Sebaik-baik zikir adalah kalimah Laa Ilaaha Illallah." (Hadis riwayat Tirmizi)

Firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Anfal ayat 35 berbunyi: Sembahyang mereka (orang-orang musyrikin) di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.

Dengan sedikit infomasi tentang sufi ini, semoga para pembaca lebih terbuka minda untuk mencari kebenaran. Jangan hanya melihat luaran tanpa mengkaji dalamannya. Seperti juga ramai pengikut tarikat yang mempunyai akhlak yang baik akan tetapi aqidahnya sangatlah batil. Ibadatnya sangatlah banyak rekaan-rekaan yang tidak dijumpai daripada sunnah nabi serta amalan salafus soleh. Sebab itu Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada sahabatnya yang umat islam akan berpecah kepada 73 puak semuanya menuju ke neraka kecuali satu. Apabila sahabat bertanya siapakah yang satu tersebut maka Rasulullah menjawap: "Al-Jamaah". Dalam riwayat lain Nabi s.a.w. bersabda: “Dan akan terpecah umatku manjadi 73 aliran (puak), semua mereka masuk neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku." (Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad dan lainlain; disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Tirmidzi, no: 2641)

Hanya satu jalan (tarikat) yang selamat iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ibn Mas'ud r.a. berkata: "suatu hari rasulullah s.a.w. membuat satu garisan lurus dengan tangannya lalu bersabda: "Inilah jalan Allah yang lurus, kemudian baginda menggariskan beberapa garis disebelah kiri dan kanan garis yang lurus itu, sambil bersabda: "Inilah jalanjalan (kesesatan). Tidak ada satu jalan pun dari jalan ini melainkan ada syaitan yang mengajak manusia untuk mengikuti jalan tersebut. Kemudian baginda membacakan surah Al-An'am ayat 153 : "Dan bahawa yang (kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalanjalan (yang lain)". (Hadis riwayat Ahmad; berkata Al-Arnauth: Hadis hasan, rujuk Musnad Ahmad takhrij al-Arnauth, no: 4437)
Continue Reading...
 

Popular Posts

singaperang Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template