inilah antarawajah-wajah gadis melayu yang ayu dan cantik rupawan..Tetapi kenapa kebanyakkan mereka yang dirasuk oleh syaitan dan jin adalah dari perempuan/anak-anak gadis dari kaum melayu sahaja dan bukannya dari kaum cina dan india?KENAPA? teruskanlah baca artikel ini..persoalan itu pastinya akan terjawab
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India.
Di mana salah nya…
Kita ikuti perbualan antara bomoh melayu dan syaitan.
Kes histeria di sekolah di smk A** S**B**… ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!” Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???”
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…
Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”, “Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK.hehehe.......