tok cu nak tanya boleh.....
boleh cu , cu nak tanya apa.............
BENARKAH?
seseorang itu akan mensyukuri nikmat sihat apabila dia pernah merasai kesakitan....
seseorang itu akan mensyukuri nikmat kenyang apabila dia pernah merasai lapar
seseorang itu akan mensyukuri nikmat gembira apabila dia pernah merasai dukacita
seseorang itu akan mensyukuri nikmat bersuara apabila dia pernah bisu
seseorang itu akan mensyukuri nikmat berjalan apabila dia pernah duduk di kerusi roda
seseorang itu akan mensyukuri nikmat dihormati apabila dia pernah merasai dicerca
seseorang itu akan mensyukuri nikmat bebas apabila dia pernah dikongkong...
seseorang itu akan mensyukuri nikmat sayang apabila dia pernah merasai kekecewaan
seseorang itu akan mensyukuri nikmat kaya apabila dia pernah merasai kemiskinan
seseorang itu akan mensyukuri nikmat ketenangan apabila dia pernah merasai keresahan
seseorang itu akan mensyukuri nikmat diraikan apabila dia pernah merasai perasaan tidak diendahkan
seseorang itu akan mensyukuri nikmat hujan apabila dia setia menunggu kehadirannya setelah merasai musim kemarau
seseorang itu akan mensyukuri nikmat kekuatan apabila dia pernah merasai nikmat dia pernah ditindas dan berada di pihak lemah..
seseorang itu akan mensyukuri nikmat persahabatan apabila pernah merasai tidak mempunyai sahabat
seseorang itu akan mensyukuri nikmat bernafas apabila dia pernah mengalami masalah hidung tersumbat atau mengalami masalah pernafasan
seseorang itu akan mensyukuri nikmat melihat apabila dia pernah buta..
seseorang itu akan mensyukuri nikmat mendengar apabila dia pernah pekak
seseorang itu akan mensyukuri nikmat merasai apabila dia pernah diuji dengan kehilangan deria rasa
seseorang itu akan mensyukuri nikmat berhari raya bersama keluarga apabila dia pernah meringkuk didalam penjara setelah beberapa kali berhari raya di dalam penjara keseorangan..
seseorang itu akan mensyukuri nikmat keamanan apabila dia pernah hidup dalam suasana kucar kacir.....
kita hendaklah sentiasa mensyukuri pelbagai nikmat yang diberikan oleh ALLAH dalam pelbagai keadaan..kita hendaklah bersyukur dalam pelbagai keadaan...jangan tunggu sehingga kita diuji....bersyukurlah sekarang wahai manusia ucap kan alhamdulillah dengan nikmat yang diberikan oleh ALLAH yang bernama manusia...
tuhan sentiasa mengaturkan pelbagai sistem keatas manusia supaya manusia sentiasa merasai nikmat yang bernama kehidupan dan mensyukuri nikmat tersebut....
saudara kalian ..apakah yang akan dirasai didalam sesuatu masak kan apabila masak kan tersebut hanya dimasukkan gula sahaja...nescaya masakkan tersebut takkan lengkap keranan hanya ada gula tetapi tiada garamnya....hanya ada manisnya ..tetapi tiada masinnya....malah jika terlebih gula pula akan medatangkan penyakit.....
pengalaman adalah guru yang terbaik kepada insan kerana ia adalah guru yang paling kejam di dunia kerana ia akan mengorban kan masa lalu dan akan memberi kan kebahagian di masa hadapan...ia akan menghukum insan dengan sewajarnya kemudian barulah ia mengajar...
ingatlah......tidak salah kita mempunyai sejarah atau pengalaman yang gelap dan hitam....karena setiap pengalaman yang pernah dilalui akan menyebabkan manusia lebih berhati2 apabila berada dalam kehidupan yang akan datang.........ingat tu cu....