26 Mei 2010

SYARIAT-TORIKAT-HAKIKAT-MAKRIFAT.



1)Apakah maksud syari’at menurut syarak?

Maksud syariat mengikut syarak adalah bermaksud peraturan atau undang-undang .Manakala erti syariat islam menurut syarak adalah bererti menjalankan perintah dan menjalankan perintah dan menjauhkan larangan Allah



2)Apakah maksud torikat menurut syarak?

Maksud torikat menurut syarak adalah jalan ,aliran atau jurusan pegangan .

Seumpama torikat Muhamadiah , torikat Ahmadiah , torikat kodariah , torikat muktazilah,torikat sunni, torikat ,syiah , torikat Ahli Sunnah Waljamaah dan berbagai-bagai lagi torikat (jalan).



3)Apakah maksud hakikat?

Maksud hakikat itu adalah merujuk kepada ilmu isi ,ilmu batin , ilmu inti dan ilmu di sebalik huruf .Hakikat itu adalah ilmu khasyaf , iaitu sejenis ilmu yang hanya boleh diterjemah melalui bahasa makrifat.Ilmu hakikat itu , adalah ilmu menunjuk terus ke atas rupa , yang ada yang teselindung lagi , ilmu yang tidak ada alas dan tidak ada lapik , tidak hijab dan tidak ada dinding .Hakikat itu adalah ilmu jelas dan ilmu nyawa.




4)Apakah maksud makrifat ?

Makrifat itu bermaksud mengenal , melihat dan memandang Allah . Mengenal Allah dalam erti kata sebenar , bukan setakat perkhabaran , gambaran , atau khayalan , tetapi mengenal secara nyata , terang dan jelas yang tidak berbelah bagi .

Makrifat itu , itu bukan bermaksud mengenal zat Allah , tetapi bermaksud mengenal wajah Allah . Wajah Allah itu dapat dikeal , dilihat dan dipandang melalui mata hati roh dan melalui naluri rohani diri kita dan bukannya melalui pandangan akal atau penglihatan mata kasar .

Untuk melihat , memandang dan mengenal Allah itu , kita dikehendaki mengenal diri kita sendiri terlebih dahulu . Untuk mengenal diri sendiri , kita hendaklah melihat , memandang dan mengenal roh .Barang siapa mengenal roh , kenallah ia kepada dirinya sendiri .Manakala barang siapa yang mengenal kepada dirinya sendiri maka kenallah ia kepada Allah Taala.



HADIS
:
"Dan barang siapa mengenal diri , nescaya mengenal ia akan Allah , siapa yang mengenal Allah nescaya binasa jasad"
Continue Reading...

KEMULIAAN UMAT MUHAMMAD.

Nabi Adam a.s berkata ‘sesungguhnya Allah telah memberikan umat Muhammad empat kemuliaan yang tidak diberikannya kepadaku iaitu ,


i) Diterima Allah taubatku di Mekah sedangkan umat Muhammad
boleh bertaubatdimana sahaja.

ii) Pada awalnya aku mempunyai pakaian ,tetap setelah ku
melanggar perintah Allah jadikan aku telanjang .Umat Muhammad
walaupun melakukan dosa dalam keadaan telanjang , namun Allah
tetap memberikan mereka pakaian

iii) Setelah aku berbuat dosa , Allah pisahkan aku dari isteriku ,
sedangkan umat Muhammad bila melakukan dosa ,ia tetap berada
disamping isterinya .


iv) Aku telah melakukan dosa di dalam syurga lalu Allah keluarkan aku
dari sana ,sedangkan umat Muhammad melakukan dosa diluar syurga tetapi
Allah tetap memasukkan mereka kedalam syurgaNya(setelah mereka bertaubat)
Continue Reading...

10 MARKAH!



Pahala kita akan bertambah apabila melakukan perkara-perkara sunat , amalan seperti solat lima waktu adalah wajib , jika tidak melaksanakannya kita akan berdosa kerana itu perkara wajib ..ibarat jika kita mengambil peperiksaan , markah yang disediakan untuk sesuatu soalan itu 10markah jika kita menjawabnya dengan lengkap , tetapi jika kita tidak menjawabnya dengan lengkap markah akan berkurang ataupun ditolak...Jika anda menjawab dengan jawapan yang betul dan lengkap walaupun panjang lebar tetapi tap mendapat 10markah.......


MUTIARA KATA


Kemiskinan tidak akan melazimkan kesengsaraan tetapi kebodohan dan emalasan akan membawa kemunduran .Belajarlah berenang dalam lautan kesukaran .Orang yang bekerja berat , badanya akan kuat ,orang yang banyak menderita , jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan ,dia akan ingat kepada tuhan.(Hukama)


Dunia ini untuk kegembiraan , akan tetapi kegembiraan itu diselubungi dengan kesushan .Dunia adalah jambatan yang tidak kekal untuk dlalui ke negeri yang abadi. (Hukama)


Cintailah sesuatu sekadarnya sahaja , kerana berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu hari nanti. Bencilah sesuatu dengan sekadarnya sahaja , kerana berkemungkinan ia aka menjadi kecintaanmu pada suatu hari nanti.(Maksud Hadis)
Continue Reading...

the lost tribe.




BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)
Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin


Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.







Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.




Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Bangsa Melayu Dalam Kesususasteraan Kuno


'Malai' adalah nama yang disebut dalam manuskrip-manuskrip purba India untuk satu bangsa yang tinggal di Kepulauan Melayu.'Malai' bermaksud gunung atau bukit.Ini bermaksud pada masa silam bangsa ini tinggal di dataran-dataran tinggi atau,menunjukkan arah kedatangan mereka,dari sebelah utara India,dari arah perbatasan pergunungan.Bangsa ini disebut-sebut dalam kesusasteraan Avestan-Vedic-Sanskrit,bahawa salah satu suku terhormat bangsa Aryan yang berkasta Ksyatria,kasta pahlawan yang menurunkan kaum Sakya (yang berasal dari perbatasan Himalaya) yang membawa ajaran Veda bersama-sama suku kaum Aryan yang lain menyerang Benua Kecil India dan memaksa etnik asli India bergerak ke tanah lebih selatan.Kulit mereka lebih cerah dan mereka berperawakan tegap dan tampan.

Siapakah mereka?dari mana datangnya mereka?Untuk mengetahui siapakah mereka,mari kita telusuri salah satu suku Aryan yang lain, iaitu Mada.

Ingat!Jika membicarakan tentang Aryan,ia adalah berkaitan dengan budaya Parsi Kuno,lama sebelum Darius II memerintah.

Medes adalah nama Yunani yang merujuk kepada bangsa Iran Kuno,yang tinggal di sebelah barat laut Iran hari ini.Kawasan ini dikenali di Yunani (Greek) sebagai Media atau Medea.Dalam bahasa Iran Purba,ia dipanggil dalam sebutan Mada.Ketika pemerintahan raja-raja Assyria, kaum ini dikenali sebagai Madayu.Mereka telah memasuki kawasan ini bersama-sama gelombang pertama puak-puak Iran Purba,ketika lewat alaf sebelum masehi (ketika keruntuhan Zaman Gangsa).

Media,Midia,Midian dan Mada adalah sukukata yang sama yang menjelaskan tentang Madyan (dalam bahasa Arab) satu bangsa yang maju dan disebut dalam kisah Nabi Shuaib dan Kaum Madyan.Nabi Shuaiblah rasul yang diangkat dari kalangan bangsa Mada,di mana ketika itu kemajuan material telah melekakan bangsa Mada.

Ketika abad ke 6 Sebelum Masehi,selepas bersama-sama bangsa Babilon mengalahkan Empayar Assyria Baru,Bangsa Madayu telah mampu menubuhkan empayar mereka sendiri,yang mana membentang dari Laut Hitam dan daerah Aran (Azerbaijan sekarang) ke utara dan Asia Tengah,Afghanistan dan Pakistan yang mana terdiri dari banyak jajahan termasuk Tanah Parsi,yang mana akhirnya penduduk Parsi meresap masuk ke dalam Empayar Madayu/Media ketika zaman Empayar Achaemenid Parsi.Bangsa Madayu diiktiraf sebagai yang mengasaskan Empayar Iran pertama,yang terbesar sehinggalah Cyrus The Great menyatukan bangsa Madayu dan Parsi menjadi Empayar Achaemenid,dengan mengalahkan datuknya yang juga seorang Emperor,Astyages,Raja Media (Madayu).

Mari kita lihat kembali nama Bangsa 'Mada' (dalam sebutan Iran Kuno) ketika pemerintahan Assyria.Kenapa kita hendak mengkaji bangsa Mada/Media/Madyan ini?

"Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan." (Genesis 1:32)

Bangsa Madayu adalah saudara kepada bangsa-bangsa dalam kelompok keturunan Keturah.Dalam bahasa Avestan (bahasa keagamaan kuno Parsi Purba) kata 'yu' adalah suffix yang merujuk kepada 'mind','brain' atau 'mentaliti'.Ia adalah 'instrumental suffix' (sukukata yang ditambahkan dihujung perkataan) yang jika dilihat secara keseluruhan merujuk kepada 'the mode of thinking' atau identiti sesuatu berdasarkan pemikiran yang boleh juga sebagai menerangkan cara hidup,budaya atau peradaban.Jadi 'yu' dalam slanga bahasa Avestan yang juga adalah ibu kepada sanskrit, adalah merujuk kepada 'bangsa' atau 'budaya'.Jadi perkataan 'Madayu' bermaksud 'Bangsa Mada'.

Ingin pergi lebih jauh?Menjejaki jejak sendiri lebih sukar rupanya dari menjejak bangsa orang lain.

Sekadar renungan,siapa yang berhenti menjejak Melayu hingga ke Vietnam,maka hanya itulah asal keturunannya.Jika ada yang mendakwa Melayunya dari Yunnan,maka Yunnan lah Melayunya itu.Siapa yang berkata Melayu itu pernah tinggal di Tibet,di kaki gunung Himalaya,dia telah sampai ke separuh perjalanan bangsanya.Tidak mengapa.Jika semuanya betul pun masih tidak mengapa.Mengapa?KERANA MELAYU ADALAH BANGSA YANG MENURUNKAN PELBAGAI KETURUNAN ASIA YANG LAIN.
Continue Reading...

24 Mei 2010

Pahlawan Islam – Nurdin Zangi

( Petikan dari Abul Hassan ali Nadwai, Saviors of Islamic Spirit)



Suasana Ummat Islam pada kurun ke-5H


Negeri-negeri Islam pada zaman itu sibuk dengan perbincangan ilmu manakala dalam masa yang sama orang-orang Kristian sibuk membina kekuatan tentera untuk menghancurkan dunia Islam. Orang-orang Kristian di Eropah memang sangat benci kepada ummat Islam selepas orang-orang Islam dapat menawan empayar Byzantine. Kebencian ini semakin hari semakin menjadi-jadi. Sebabnya ialah dengan kajtuhan Bysantine, semua kawasan suci ummat Kristian telah jatuh ketangan ummat Islam termasuklah tempat lahir Nabi Isa as.



Perkara ini sudah cukup menyebabkan orang-orang Kristian menaruh rasa dendam kepada Islam tetapi adanya negara-negara Islam yang kuat menyebabkan mereka tidak berani mengusik tanah air Islam. Walau bagaimana pun kejatuhan empayar Saljukid dan keadaan yang tidak menentu di Asia Kecil dan Syria pada akhir kurun ke-5 H telah memberikan peluang kepada orang-orang Kristian. Pada masa itu di dunia Kristian telah lahir seorang pemimpin yang bersemangat waja yang mampu menggerakkan rakyat jelata Kristian. Dia ialah Peter the Hermit. Kemampuannya membangkitkan semangat orang-orang Kristian di tambah lagi keadaan ekonomi yang mendesak pada masa itu menyebabkan rakyat bawahan tidak teragak-agak untuk pergi berperang.

Kemaraan pertama tentera Kristian ke arah Timur ialah ke arah Syria pada tahun 490 H. Dalam tempoh dua tahun dua bandar besar, Edessa dan Antioch, dan beberapa bandar lain telah jatuh ke tangan tentera Kristian. Pada tahun 492H tentera Kristian telah dapat menawan Baitul Muqaddis. Dalam tahun-tahun berikutnya sebahagian besar Palestin dan kawasan pantai Syria, Tortosa, Acre, Tripolis dan Sidon telah jatuh ke tangan tentera Salib. Menurut Stanley Lane-Poole, seorang ahli sejarah Kristian, tentera Kritian masuk seperti kapak membelah sambungan kayu




Seterusnya Lane-Poole mengatakan empayar Muhammedan seolah-olah dibelah-elah sehingga berkecai. Penawanan Baitul Muqaddis menyebabkan tentera Salib hilang pertimbangan sehingga bertinDak di luar batas-batas kemanusiaan sehingga ahli-ahli sejarah Kristian sendiri malu untuk menuliskannya tetapi tak boleh menafikannya. Selepas kejatuhan Baitul Muqaddis ummat Islam telah dibantai. Pembunuhan besar-besaran terhadap ummat Islam telah menyebabkan darah membanjiri jalan menuju ke Masjid Umar sehingga setinggi lutut. Bayi-bayi direntap dengan memegang kakinya dan kemudian dihempaskan ke dinding atau dipusing-pusingkan. Orang-orang Yahudi pula dibakar hidup-hidup di dalam rumah ibadah mereka. Pada hari berikutnya keadaan yang serupa berulang tetapi lebih meluas.



Pada suatu keadaan 300 orang tawanan yang telah dijanjikan keselamatan telah dibunuh beramai-ramai. Mayat-mayat lelaki dan perempuan serta kanak-kanak dari pembunuhan ini dan pembunuhan beramai-ramai lainya telah dilonggokkan lalu dipotong-potong dan dicincang. Apabila pesta pembunuhan ini selesai, tawanan perang disuruh membersihkannya. Kejatuhan Baitul Muqaddis menandakan permulaan keruntuhan kekuasaan Islam dan bertambah kuatnya Kristian di Barat. Kejayaan mereka menubuhkan empat kerajaan di Palestin, Edessa, Antioch dan Tripoli yang bersempadankan Laut Mediterranean hingga ke Sungai Ifrat dan Mesir membuktikan perkara ini. Tegaknya keempat-empat kerajaan Kristian ini telah mendedahkan dunia Islam kepada serangan-serangan yang lebih besar. Pada masa cita-cita pahlawan-pahlawan salibi sangat tinggi hinggakah Reginald Chatillon pernah mengatakan rancangannya untuk merentas Jazirah Arab, menawan Mekkah dan Madinah dan kemudian mengeluarkan jenazah Rasulullah saw dari dalam kubur.


Tidak pernah dalam sejarah sesemenjak Rasulullah diutus agama Islam dalam keadaan yang amat bahaya seperti ini. Kewujudan Islam pada masa itu seperti telur di hujung tanduk. Abad ke-6 H bermula dengan ummat Islam yang bercakaran sesama sendiri. Selepas kewafatan Malik Shah, seorang raja Sajukid yang hebat, peperangan saudara berlaku antara pengganti-penggantinya sehingga memecahkan kerajaan kepada beberapa kerajaan yang kecil. Tiada satupun pemimpin Islam yang cukup berwibawa untuk menyatukan kekuatan Islam untuk berdepan dengan kekuatan tentera Salib. Stanley Lane-Poole telah menyatakan masa itu ummat Islam tidak tentu arah dan kelam kaut kerena terkejut dengan berkecainya kerajaan Islam yang besar dan kuat yang selama ini melindungi mereka. Keadaan kelam kabut ini demikian mendalam yang tidak boleh diperbetulkan kecuali adanya kuasa yang kuat.





Pendeknya masa itulah yang paling sesuai bangsa-bangsa Eropah menyerang. Dalam keadaan yang demikian bahaya, tiba-tiba Allah menerbitkan satu bintang dari ufuk timur. Seperti zaman-zaman sebelumnya, apabila Islam dalam bahaya, Allah menciptakan seorang mujaddid dari tempat yang tidak disangka-sangka untuk menyelamatkan agama suci ini. Lane-Poole ada menuliskan, ketika seruan jihad sangat diperlukan dan seorang panglima perang yang bersemagat dan cerdik serta dihormati dinanti-nanti muncullah Imaduddin Zengi.



Imaduddin Zengi adalah anak seorang pengawal balai rong Sultan Malik Shah. Kemudian Sultan Mahmud telah melantik beliau menjadi pemerintah Mosul dengan gelaran Atabek. Selepas ia mengukuhkan kedudukannya di Syria dan Iraq, Imaduddin pergi menyerang Edessa (Roha) yang menjadi salah satu kubu kuat tentera Salib dan menjadi pusat mengaturkan serangan-serangan keatas wilayah-wilayah Islam. Imaduddin telah berjaya menawan kubu kuat itu pada 6 Jamadil Akhir, 539 H. Ahli sejarah Arab menyifatkan kejayaan ini sebagai penaklukan atas penaklukan kerana Edessa dianggap kubu Kerajaan Kristian yang paling kuat. Dengan kejayaan mengambil semula Eddessa, lembag Ifrat terselamat dari serangan tentera Salib. Tidak lama selepas ia berjaya menawan semula Edessa, Imaduddin telah dibunuh oleh seorang hamba pada 5 Rabiul Akhir, 541 H. Maka tamatlah riwayat seorang pahlawan Islam yang telah membuka jalan bagi ummat Islam untuk menyerang balas melawan tentera Salibi. Walau bagaimana kerja berat Imaduddin yang tidak sempat diselesaikannya telah diteruskan oleh anaknya yang tidak kalah hebatnya, iaitu Al-Malik al-Adil Nurdin Zangi.





bersambung......

















............
Continue Reading...
 

Popular Posts

singaperang Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template